Friday, August 17, 2018

Solat Jumaat di Makkatul Mukarramah

Solat Jumaat menjelang Hari Tasyrik, amat mencabar jemaah lelaki memandangkan terlalu ramai jemaah telah berkumpul di Masjidil Haram. Ramai jemaah terpaksa solat di masjid lain. Salah satu masjid berdekatan hotel kami di Mekah juga penuh. Jemaah melimpah hingga di bawah dan atas jejantas dalam terik panas mentari. Subhanallah..... Kami jemaah wanita memberi laluan kepada jemaah lelaki bersolat di masjid. Kami solat zohor di surau hotel dan bilik masing-masing bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan fokus kepada persiapan wukuf di Arafah..... Allah! Permudahkanlah urusan haji kami, sesungguhnya kami hamba yang berdosa. Datang kepadamu untuk menyucikan diri dengan limpah perkenanmu. Helikopter pemantau tak henti-henti berterbangan di ruang udara. Begitu juga dengan ambulan penyelamat tak henti-henti berkejar ke hospital menghantar jemaah yang kena strok haba dan masalah-masalah kesihatan lain.

No comments:

Post a Comment