Friday, August 17, 2018

Kisah Sejadah Yang Hilang....

Allah memberikan petunjuk supaya aku sentiasa bersyukur..... Oleh kerana karpet di Masjidil Haram dicuci, kami bawa sejadah yang dibekalkan oleh TH. Walaubagaimanapun, sejadah tersebut agak nipis dan mudah beralih dalam setiap pergerakan solat. Saya berhajat membeli sejadah tebal untuk dibawa ke Masjidil Haram. Sebaik sahaja beli, test sejadah baru solat kat bilik. Baru terperasan imej-imej lukisan tu seakan gambaran muka haiwan (lembu)..... maka tukar posisi yg kosong letak utk tempat sujud. Nak jadi kisah, maka bawalah sejadah tu ke Masjidil Haram untuk umrah sunat. Bila nak solat sunat tawaf baru sedar, sejadah tu dah hilang.... redha. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba ada keluarga sedang mengagihkan sejadah untuk disedekahkan dilaluan saya dan suami balik. Kami dapat sejadah baru. Suami kata.... "Allah dengar/ tahu U sedih sejadah baru hilang. Dia dah gantikan lain." Masyaa Allah...😢 Sesampai bilik, bagitahu mokcik-mokcik bilik sejadah baru dah hilang tapi dah dapat ganti lain. Sorang makcik bilik ni kata, "Allah dengar Dora dok ccakap sejadah ada mata.... macam imej haiwan. Allah ganti lain.... Allah Maha Mendengar....." Allah! sekali lagi 😢 Apa lagi nikmat yang ingin kau dustakan?.....

No comments:

Post a Comment