Monday, August 20, 2018

Ribut Pasir dan Hujan di Bumi Arafah

Maktab 82 bergerak ke Arafah pada 8 Zulhijjah jam 12 tengahari. Kami tiba dalam pukul 1.30 petang dengan menaiki bas. TH telah menguruskan pergerakan dengan baik sekali. Sampai ke kemah di Arafah kami duduk di tempat yang ditentukan. Lelaki dengan lelaki dan perempuan berasingan kemah. Satu kemah dihuni oleh 300 hingga 360 jemaah. Kami berehat di kemah sambil berzikir dan aku boleh je tidur dalam ramai-ramai hingar bingar tu. Dalam pukul 4.30 petang aku keluar dengan suami melihat-lihat kawasan mengenal pasti tandas dan tempat memgambil air panas. Menjelang maghrib angin bertiup kencang menggoncangkan dinding-dinding kemah diikuti dengan ribut pasir dan hujan. Kami diberi dugaan black out..... mungkin overload. Maka keluarlah segala gadget jamaah, lampu suluh, kipas angin pelbagai jenis.... Kemanisan dalam dugaan Allah SWT. 1/9/2018 - Kembali bersiaran.... setelah 2 minggu menumpu kepada ibadat Rukun Haji. Semasa ribut melanda, bekalan elektrik diputuskan oleh pihak bomba Arab Saudi sebagai langkah keselamatan. Angin kencang berlarutan dalam 1 jam. Sepanjang tempoh tersebut doa dipanjangkan kepada Allah SWT supaya kami diselamatkan. Kemah di Arafah yang besar ini seolah-olah nak terbang. Alhamdulillah Allah selamatkan. Bila keadaan kembali tenang, kami solat hajat memohon keampunan dan keselamatan..... Aku keluar untuk ke tandas. Zing penghadang dah tumbang dek ribut. So, kene la pergi ke tandas dua tingkat, jauh sedikit. Alhamdulillah org tak ramai, so takde la kena beratur panjang. Masuk kemah semula, ramai jemaah dah mula berehat dgn pelbagai aktiviti masing-masing. Akupun mula mencari port yang sesuai dan tertidur dengan segala gadjet yg ada (kipas dan bantal angin) untuk mengumpul tenaga bagi Wukuf keesokan harinya. "Haji itu adalah Arafah"....

No comments:

Post a Comment