Thursday, August 2, 2018

Hadirku Sebagai Dhuyufurrahman

May Allah SWT ease our journey..... Alhamdulillah.... kami datang menerima jemputanmu Ya Allah.... justeru permudahkanlah bagi kami, kasihanilah kami, kurniakanlah kami Haji yg Mabrur. Surat tawaran haji tahun 2018 diterima pada Disember 2017, seminggu sebelum kami sekeluarga berangkat menunaikan umrah.
Tak tergambar perasaan kami suami isteri. Allah jemput kami (aku, suami, abah & mak) bagi menunaikan Rukun Islam yang ke-5. Terima kasih Abah daftarkan kami suami isteri pada tahun 2008 dulu.Kami bersyukur.... Maka bermulalah siri kursus haji setiap hari Ahad.... kursus intensif (ada exam) dan kursus Perdana (praktikal 8,000 peserta di Masjid Negeri Shah Alam. Hati tu rasa takut, sedih, gusar dan macam-macam lagi. Ya Allah... Ya Tuhan Kami... Permudahkanlah bagi kami. (Pakaian ihram nak pergi kursus perdana) Maka.... kenduri doa selamatpun diadakan memohon kpd Allah SWT semoga beroleh haji mabrur.
Saudara dan sahabat handai yang mengucapkan selamat jalan dan menitipkan doa.... di rumah dan Movenpick Convention Centre pada tanggal 21 Julai 2018. Penerbangan kami dijadualkan pada awal pagi 22 Julai 2018. Pada jam 1 pagi kami diiring memasuki kaunter check in. Jemaah haji tahun 2018 begitu bertuah kerana kumpulan pertama melapor diri di Kompleks TH yang baharu. Proses Check in dan imigresen dibuat di sini dan berjalan dengan lancar dimulakan dengan pemberian passport kepada jemaah, luggage check in, scan sepuluh jari dan ambil gambar. Kami diberi taklimat di dalam dewan yang selesa. Di belakang dewan terdapat kaunter penyimpanan wang TH dan juga kaunter pembayaran dam. Semua kemudahan dan proses yang berjalan amat membantu jemaah. Syabas TH!
Kami dimaklumkan bahawa penerbangan kami pagi itu ditangguhkan kerana lapangan terbang Madinah terlalu padat jadual kapal terbang membawa jemaah mendarat. Lalu kami diberi penginapan Hotel Movenpick KLIA. Masuk hotel jam 2 pagi dan kami perlu melapor diri semula di kaunter Check in jam 6 pagi. Selepas taklimat jam 6.30 pagi, kami dibawa menaiki bas ke KLIA, terus ke tempat penerbangan antarabangsa untuk menunggu penerbangan jam 9.00 pagi. Bas kami diiring oleh polis trafik.... ala-ala mengiring VVIP.
(Sarapan pagi disediakan oleh TH sementara menunggu menaiki penerbangan)

No comments:

Post a Comment