Monday, September 9, 2019

Kenangan Haji 2018

Lawatan ke kawasan bersejarah sekitar Masjidil Haram

Empat hari sebelum penerbangan pulang, Allah beri rezeki dipertemukan dengan seorang Ustaz, yang juga pelajar pengajian AlQuran di Mekah. Beliau berhasrat untuk membawa kami menziarahi tempat- tempat peninggalan nabi dan keluarganya, yang jarang- jarang diketahui. Tempat-tempat ini tidak dilabelkan oleh kerajaan Arab Saudi dibimbangi jemaah melakukan perkara-perkara khurafat. 1. Rumah Siti Khadijah Rumah Saidatina Siti Khadijah, isteri nabi terletak berhampiran pintu Babus Salam dan dihadapan tandas wanita. Tempatnya berbonggol dan ditutupkan dengan mozek petak kecil. Menurut Ustaz, kayu-kayu dan batu binaan masih ada di bawah bonggolan tersebut. Ramai jemaah mengambil kesempatan bersolat di kawasan tersebut memandangkan ini adalah salah satu antara tempat mustajab doa. 2. Rumah Kelahiran Nabi Rumah ini adalah tempat lahir nabi... iaitu rumah Saidina Abi Talib. Rumah ini dijadikan perpustakaan oleh seorang penulis khat yang telah memdapat perkenan Raja Arab Saudi sebagai balasan kepada hadiah tulisan khat yang beliau buat untuk Raja tersebut. 3. Seterusnya kami ke Masjid Jin atau dikenali dengan nama Masjid Bai'ah. Agak jauh juga berjalan dari kawasan Masjidil Haram ke Masjid ini. Masjid ini dinamakan sedemikian kerana perjanjian ketua jin dan kumpulannya yang menerima agama Islam lalu membuat perjanjian dengan Nabi SWT untuk menerima Islam. Kami melalui tapak Masjid Kucing yang dahulunya banyak kucing-kucing berkumpul di sekitar masjid sejak zaman sahabat Nabi. Kini Masjid Kucing telah dirobohkan.
Masjid Jin/ Masjid Al Bai'ah Dalam hati ada terfikir, "Macamanalah nanti kalau terjumpa jin tu betul-betuk". Cepat-cepat hati ini beristighfar, janganlah fikir yang bukan-bukan di Tanah Haram ini. 4. Disebelah Masjid Jin, adalah Tanah Perkuburan Makla, tempat bersemadinya isteri tercinta Nabi, Siti Khadijah Radhiaallhuanha. Hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk. Kami jemaah wanita dibenarkan melihat dari pagar perkuburan sahaja.
5. Akhir sekali, lawatan kami berakhir dengan melawat tiang jin dalam Masjidil Haram. Kedudukannya agak sukar dilihat memandangkan banyak lagi pembangunan dan pembaikan yang sedang dijalankan di dalam kawasan masjid. Tiang-tiang tersebut berbalut.
Selepas solat sunat dua rakaat, kamipun pulang ke hotel penginapan. Disebabkan kepenatan, saya tertidur dan bermimpi..... sekumpulan jin perbagai bentuk menyapa dan mengusik. Mak dan rakan-rakan sebilik mengejutkan saya dengan penuh kerisauan kerana menurut mereka saya mengigau dan mulut saya membaca Al Fatihah dalam tidur. Hemmmm.... Alhamdulillah tak jadi apa-apa.